Wednesday, June 25, 2008

Minyak o minyak

Isu yang semakin menjadi-jadi, yang boleh menyebabkan peperangan, pada kali ini telah mencetuskan panik di kalangan penduduk Labuan yang semalamnya telah beratur panjang hanya untuk mengisi minyak. konon-kononya semua stesen akan mogok pada esoknya. ayooo....saya pun phining kapala...tapi sempat juga isi minyak motor pada malam tersebut..almaklum motosikal di labuan ni bukannya banyak sangat mcm di semenanjung sana. Nasib baik ada stesen minyak petronas yang baru buka...kalau tidak 'jam' di bandar labuan akan menjadi lebih hebat lagi...hanya empat sahaja stesen minyak di labuan ni...yang peliknya berita tv3 tadi mengatakan bahawa sistem layan diri akan diteruskan di stesen minyak berjenama....apa stesen minyak lain tak berjenama ke....mgkin ada stesen minyak cap kelapa sawit kot...entah la tu di mana..???
Hari ini 25hb...biasala hari gaji...tapi sekejap je habis bikin bayar hutang di sana dan di sini...beli bekalan makanan ..selalunya untuk seminggu...bajet dalam rm100 la untuk seminggu hanya untuk makanan...wah banyaknya.... bajet saja...tapi selalunya kurang..
apakah ada hari esok untuk minyak...wahai cendekiawan seluruh dunia...fikir-fikirkan apa cara lain yang lebih efisien untuk menggantikan minyak ni...biodiesel...apa...lagi tu.. teknologi hybrid...ngv..dll....ngv pun bagus jugak tapi masih sedikit la....tapi rasa-rasanya kalau diperluaskan akan menjadi mahal juga...sebab permintaan dah banyak..biasalah harga pun mengingkat...baru-baru ni pulak timbul kertas kerja untuk menggunakan tenaga nuklear sebagai sumber tenaga....apa dah jadi dengan projek hydro bakun....bukan ka kata mereka boleh menjana sehingga ke semenanjung malaysia...lagi pun air sungai kan boleh dikatakan percuma...kecuali la kemarau yang bertahun-tahun wallahualam.

No comments: