Wednesday, June 25, 2008

Dari meja pengarang



Inilah tempatku mengedit blog ini...oleh kerana saya menggunakan broadband internet, jadi semakin keraplah saya dapat meluangkan masa online...karena sewaktu ketika hub switch yang satu almari itu telah terbakar di ofis...jadi kami semua inda dapat guna internet...dikatakan mengambil masa sebulan untuk memperbaikinya...karan pun sekarang ini ada masalah....esok jam 9 sampai 2 petang sdh dibagi tau awal-awal bekalan elektrik akan terganggu...so..mcm batal saja kuliahku esok...mcm mana mau buat dalam bilik kuliah itu sangat gelap dan panas...tapi tutorial tatapp berlangsung tidak kira panas atau hujan...sebab tutorial itu hanya dibuat di kelas yang kecil. nampaknya frame gambar yang baru ku beli itu dari parkson di ujana kewangan(uk) masih belum tukar gambarnya...masih gambar c kecil main biola...."piano kata c ajis dlm filem pendekar bujang lapok"..o ya baru ingat ..sekejap lagi semifinal antara turki dan german...nampaknya mcm tidur di ruang tamu kali ini...diharap turki dapat menewaskan jerman...namun begitu ianya memang begitu sukar kerana kehilangan bnyk pemain utama mereka...

Dulu dan sekarang.

Nkosi Sikelel' iAfrika

maksudnya god bless afrika...lagu kebangsaan afrika selatan...pertama kali saya dengar masa perlawanan ragbi afrika selatan dengan negara lain saya sdh lupa....best juga lagu tu..rupa-rupanya di buat dalam tahun 1897 oleh Enoch Sontonga..wah lamanya sdh...cuba kamu semua dengar di sini....saya letak link. http://www.youtube.com/watch?v=H8iZ8jIqrQo ok kamu tekan saja dsitu...biasala youtube....wah ini lagu baru yang mereka yang baru digubah...walaupun sdh lama tapi masi dikatakan baru... ini link nya.... http://www.youtube.com/watch?v=NsWwz9UmjVk ok...jgn lupa klik ya....tq

Minyak o minyak

Isu yang semakin menjadi-jadi, yang boleh menyebabkan peperangan, pada kali ini telah mencetuskan panik di kalangan penduduk Labuan yang semalamnya telah beratur panjang hanya untuk mengisi minyak. konon-kononya semua stesen akan mogok pada esoknya. ayooo....saya pun phining kapala...tapi sempat juga isi minyak motor pada malam tersebut..almaklum motosikal di labuan ni bukannya banyak sangat mcm di semenanjung sana. Nasib baik ada stesen minyak petronas yang baru buka...kalau tidak 'jam' di bandar labuan akan menjadi lebih hebat lagi...hanya empat sahaja stesen minyak di labuan ni...yang peliknya berita tv3 tadi mengatakan bahawa sistem layan diri akan diteruskan di stesen minyak berjenama....apa stesen minyak lain tak berjenama ke....mgkin ada stesen minyak cap kelapa sawit kot...entah la tu di mana..???
Hari ini 25hb...biasala hari gaji...tapi sekejap je habis bikin bayar hutang di sana dan di sini...beli bekalan makanan ..selalunya untuk seminggu...bajet dalam rm100 la untuk seminggu hanya untuk makanan...wah banyaknya.... bajet saja...tapi selalunya kurang..
apakah ada hari esok untuk minyak...wahai cendekiawan seluruh dunia...fikir-fikirkan apa cara lain yang lebih efisien untuk menggantikan minyak ni...biodiesel...apa...lagi tu.. teknologi hybrid...ngv..dll....ngv pun bagus jugak tapi masih sedikit la....tapi rasa-rasanya kalau diperluaskan akan menjadi mahal juga...sebab permintaan dah banyak..biasalah harga pun mengingkat...baru-baru ni pulak timbul kertas kerja untuk menggunakan tenaga nuklear sebagai sumber tenaga....apa dah jadi dengan projek hydro bakun....bukan ka kata mereka boleh menjana sehingga ke semenanjung malaysia...lagi pun air sungai kan boleh dikatakan percuma...kecuali la kemarau yang bertahun-tahun wallahualam.

Saturday, June 21, 2008

Pendatang Baru

Assalamualaikum...wahhh....hari ini adalah hari yang bersejarah buatku kerana buat pertama kalinya setelah sekian lama telah pun berjaya membina blog sendiri...yang lain jangan jeles...sebenarnya saya sedang berpikir...tentang apa yang patut untuk dicoret pada blog ku ini....euro2008 sedang berlangsung jugak pada bulan ini....sekarang sdh masuk quarter finals...first quarter sdh berlangsung....so the first semi will be between germany and turkey, well Turkey or Turkiye, a wonderful team so far, the never say die attitude proves that they are a team to beat for this season's euro 2008. they never give up until the very last minute...keep passing the ball until the score and recently sent the croatia's team back home. The croatia scored in the 119th minute in the extra time...i thought they were going to win...i switched to the other channel after knowing that croatia is the winner....a few minutes later, i switched back to the sports channel and found out they were having a penalty...oo my god.....i really didn't believe that turks had managed to level the score...you can see the face of the croatian's player were having morales problem.....while the turks were in high spirits...in the penalty shoot out..croatia lost to the turks. turkey won the penalty 3 to one....

gambar di atas adalah gol penyamaan pada masa kecederaan masa tambahan